Saturday, August 17, 2013

Cerita Seram Bukit Fraser

MENGHABISKAN cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahang sudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (buka nama sebenar) serta tiga anak mereka sejak setahun lalu.
Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya, penulis sesuai dengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukit di Banjaran Titiwangsa ini.

Selain suasana alam semula jadi yang masih tidak dicemari pemodenan yang rencam, Fazlin cukup mengagumi suasana perkampungan seolah-olah di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Banyak kali juga suami isteri ini mendengar cerita seram, pelik dan misteri yang dialami pelancong yang bertandang, maklumlah kebanyakan banglo serta hotel yang ada sedia wujud seawal era kolonial lagi, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang.
Bukit Fraser menyimpan pelbagai sejarah perjuangan orang Melayu sewaktu menentang penjajah Inggeris sejak 1917 hingga ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Antara kisah misteri yang pernah menyelubungi Bukit Fraser, termasuk pencarian seorang paderi Kristian dari Singapura pada 1917, Bishop C.J. Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit Fraser’ selepas berhari-hari mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang dilaporkan hilang di dalam hutan itu.

Kerajaan Inggeris percaya Freser mati dimakan binatang buas atau dibunuh Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Begitupun versi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Memang sudah tertulis, setiap apa yang berlaku ada sebab tersendiri. Terpulang kepada manusia dan insan di bumi Allah SWT untuk mengambil iktibar.

Kali ini Ghazli dan Fazlin silap perkiraan dan lewat memulakan perjalanan iaitu hampir Maghrib. Biasanya mereka akan mengelak mendaki Bukit Fraser dalam suasana gelap kerana jalan yang sempit dan sukar ketika berselisih kereta, banyak selekoh berbahaya dan curam. Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan bantuan.

Nekad meneruskan perjalanan, kira-kira setengah jam memandu, sebaik melepasi kawasan tadahan Empangan Kuala Kubu Bharu, mereka berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang dipandu.

Anak kedua mereka, Nayli, 6, sejak tadi resah dan takut. Fazlin memujuk sambil menyuruhnya cuba tidur seperti abang dan adiknya.

Fazlin sendiri tambah gusar kerana baru hari pertama datang bulan, suami pula senyap dan langsung tidak bercerita, malah cukup serius memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu. Enjin kereta terdengar mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60 kilometer sejam (km/j). Berpeluh Ghazli menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetap sama. Pelik, padahal kereta baru dihantar servis. Bukit Fraser pun belum dipanjat lagi.

Bulu romanya tegak berdiri, dalam hati kalimah dan ayat suci serta Ayatul Kursi menemani mereka sepanjang perjalanan.

Jangka waktu 20 minit sebelum sampai ke Gap dirasakan terlalu lama. Perasaan sesal dan bimbang bercampur baur. Apa pula musibah yang bakal menimpa mereka sekeluarga.
Sebaik melepasi selekoh lokasi tragedi Sir Henry Gurney dibunuh, kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Tiada lagi bunyi enjin mengeram, ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih membisu sehinggalah mereka tiba di menara jam di tengah pekan Bukit Fraser.
“Nampak tak apa yang saya nampak?”  kata Ghazli dengan wajah serius. Fazlin dengan wajah pucat dan suspen sekadar menggelengkan kepala.

“Benda tu terbang dan melintas betul-betul depan kereta kita dan terus lenyap ke dalam hutan dekat selekoh tadi…” kata Ghazli lagi sambil meraut muka dengan tangan. Rupa-rupanya kereta mereka ditumpang makhluk yang dikenali sebagai pontianak.

“Patutlah abang diam semacam saja, rupanya makhluk itu cuba mengusik kita sekeluarga. Barulah saya faham kenapa orang tua kita tidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah mungkin sebabnya.”

Selepas kejadian itu, Ghazli dan Fazlin serik dan akan memastikan mereka akan naik ke Bukit Fraser hanya pada waktu siang.
Wallahualam

Dr Fuh – Betul lah kata orang-orang tua. Waktu Magrib jangan berkeliaran lagi luar rumah. Kat sini Dr Fuh ada nak kongsi hadis sikit berkaitan bahaya waktu Magrib.
Dari Jabir r.a katanya:
“Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.”(Riwayat Muslim)
Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,
“ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”. [Riwayat Bukhari]
Wallahualam..

Thursday, August 15, 2013

Koleksi Kisah Seram Di Asrama.

Antara Koleksi Kisah Seram Asrama Yang Aku Jumpa Di internet :

1- Hantu Berus Kepala.


Beberapa tahun yang lalu,aku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah negeri yang dahulunya kaya dengan biji timah..
Aku memang tahu,sekolah itu adalah sekolah lama dan pelbagai kisah seram diceritakan kepada kami oleh senior..
Cuma,kami tidak pasti adakah itu sekadar bahan gurauan ataupun realiti..

Satu malam yang nyaman,tepat pukul 2 pagi..
Aku terasa ingin membuang air kecil..Ketika di asrama,kami tidur di atas katil double-decker..dan aku dapat katil pada bahagian bawah..
Aku kejutkan kawan sekatil aku yang berada di katil atas untuk menemanku,
tapi,sedih..Dia sudah tidur nyenya tanpa menghiraukanku..


Mahu tidak mahu,aku terpaksa menggagahi langkahku untuk ke bilik air..
Tandas dan Asrama bagi tingkatan 1 berada di blok berlainan tetapi ia rapat dan tertutup antara satu sama lain..
Lampu waktu itu terang benderang di koridor dan di dalam bilik air..Jadi,kurang sikit rasa takutku..

Aku memasuki bilik air seperti biasa..
bilik air itu sangat besar,memuatkan beberapa shower, banyak tandas,tempat basuh baju dan kolah mandi..
Almaklumlah kami semua tingkatan 1 mandi di situ dan kami tinggal di asrama..
Tandas berdekatan dengan pintu utama bilik air..
Jadi,senang untuk ke tandas..

Ketika sedang membuang air kecil,tiba-tiba aku terdengar bunyi orang memberus,,
seolah-olah memberus baju..hairan aku,siapa yang rajin membasuh baju waktu itu..
Sedangkan semua pelajar dilarang keluar dari dorm pada waktu sebegitu..
Fikiranku berkata,mungkin pengawas yang menjaga kami membasuh baju itu..

Selepas aku membuang air kecil,aku terus pulang ke dorm..
tapi,terasa anda benda menarikku untuk ke tempat basuh baju..
aku dengan langkah perlahan ke tempat membasuh baju..
aku mengintai dari dinding ..
aku terkejut!!



YA ALLAH!!
Aku ternampak satu lembaga sedang membasuh kepalanya..
bayangkan dia cabut kepalanya dan basuh menggunakan berus aku
yang lebih menakutkan,muka kepala tu menghadap aku..
aku lihat dia menggunakan baldi aku..

YA ALLAH!!
hanya dia yang tahu apa perasaanku waktu itu..
badanku berpeluh seperti orang baru lepas berlari dan aku terus membaca ayat al-Quran yang aku tahu
aku terus lari ke dorm..
Dalam perjalanan aku lari,terasa seperti anda benda mengejarku..
Aku terus baring ke katilku dan aku tutup mata rapat-rapat..
terasa ada benda mengelilingiku..

Tapi,Alhamdulillah..aku tersedar pagi esoknya dan semuanya sudah tiada..
tapi,aku terus buang berus dan baldi aku jauh-jauh..
aku takut ia datang lagi..


2-Nampak hantu Jepun di Asrama (Kisah Seram) 

 Saya ada kisah misteri yang pernah terjadi ketika saya menuntut di sekolah menengah di salah sebuah sekolah di sarawak. waktu itu saya berada ditingkatan 5. Setiap 2 minggu sekali semua pelajar asrama akan balik ke kmpung masing-masing.
saya dengan teman pengawas saya 5 orang tidak balik ke kampung pada hujung minggu waktu itu, ini kerana kami ingin mengulangkaji di sekolah sahaja kerana kami akan menduduki peperiksaan tahun akhir tingkatan 5.

Sedang kami mengulangi pelajaran di dlam bilik kami terdengar bunyi hentakan kasut di luar bilik kami. Saya dan rakan-rakan saya semua berdiam diri. Jadi saya tanya kawan saya yang lain, ada tak mereka dengar bunyi itu. Kawan saya pun berkata mereka juga ada terdengar bunyi yang pelik itu.

Waktu menunjukan pukul 1pg. Salah seorang kawan saya terus mengintai dari celah pintu bilik kami gunakkan untuk mengulangkaji pelajaran lalu dia terus memanggil kami untuk melihat sendiri apa yang dia ternampak. Alangkah terkejutnya bila kami semua ternampak hantu jepun bekawat di depan koridor asrama kami!!!

Kami pernah dengar cerita itu kc tetapi belum pernah melihat atau terserempak dengan mahluk hantu Jepun yang diceritakan. Setelah kami melihat kejadian malam tu kami semua tidak lagi berani untuk bermalam di asrama pada hujung minggu. Ini adalah kisah yang nyata kerana sekolah saya ini dirikan di bekas kawasan tapak peperangan zaman jepun cuba nak memerintah sarawak dulu.

3-Hantu Bilik Stor

Tahun 1996 den telah merantau ke Perlis (MRSM). Masa tu den dapat duduk Blok C. 4 orang dalam satu bilik (katil sorang satu). Kebetulan pulak bilik sebelah den (bilik den 2 dari tepi tandas) ditutup pintu depan belakang (dipaku dengan kayu). Masa tu den tak pikir ape-ape la sebab ingat diorang buat stor letak bebarang. So, bermula la perjalanan den dgn kisah seram di asrama tu. Tapi kali n den cerita satu je dulu.

Pada satu malam sabtu, ramai la yang balik ke rumah. Sebab den dok Selangor nak balik tu jauh sekali la. Jadi mana yang tinggal ni lepak-lepak bilik den (sebab den tokey komik). Masa tu ada plak senior yang buka cerita seram. Den kurang seramnya sebab memang sblum masuk asrama dah biasa jumpo. Jadi lepas tengah malam tu masing-masing takut nak keluar bilik nak balik bilik tido. Adalah dalam 15 orang tido bersempit-sempit dalam bilik den tu.

Pada jam 3 (mungkin lebih sebab tertido pun dalam kul 2.30), den terjaa dari tido sebab macam silau. Rupanya pintu bilik den tu dibuka orang dari luar. Den cuma tengok sape. La, mamat ni rupanya (nama dah lupa). So, den sambung la tido balik. Esoknya den cari la mamat yang bukak pintu bilik den malam tadi. Tapi semua orang yg den tanyo cakap mamat ni dah balik rumah Jumaat petang. Habis sape plak yg bukak pintu dan pandang den malam tu? Semua yg tido dalam bilik den tak sedar yg pintu tu dibuka...

Isnin tu bila mamat tu balik ke asrama saje je den tegur dia. Memang dia balik petang jumaat tu. Start dari tu den mula jumpa benda yg bukan-bukan ni (bukan den ajo..ramai lagi yg kena).

ps: Kata orang, kalau seklai pernah terserempak dgn makhluk-mahkluk halus ni, akan ada repeat..tak tau la den. tapi yg kena kat asrama dulu balik-balik orang yg sama (yg teruk la)..


4- Kisah Hantu Banduan




Masa hari pertama sekolah, kiranya masa form one, malam tu, dalam pukul 2 pagi, aku tersedar. tak tahu pasal apa boleh tersedar, tetiba macam tu..So, bila dah tersedar, aku keluar dari dorm then berjalan ke koridor. Aku pandang bawah, pandang block lain, aku pun tak tahu pasai apa aku jadi berani, keluar dari dorm pukul 2 pagi.

So, lepas jalan jalan, aku masuk balik dorm, dan baring atas katil. Masa tu, semua kawan dah tidur mati, ada bunyi kipas buruk je. Then, selepas aku selimutkan badan, aku terdengar bunyi orang jalan jalan di koridor. Aku bukak mata, tapi takda pape pun, fikirku, mungkin kawan ke tandas kot. Takpe lah, sambung tidur balik.

Then, after few minutes macam tu, aku dengar lagi orang jalan jalan. Kali ni, bukan tapak kaki je yang bunyi, tapi ada sekali dengan bunyi nafas. Seoalah olah, bunyi tu tak jauh dari aku. Bunyi tu makin dekat, dekat dan dekat. Bunyi nafas sekali dengan bunyi gelak gelak halus macam tu. Ohh, time tu, memang tak berani bukak mata la, aku dah fikir bukan bukan dah, hantu kot yang ni, takkan orang.

Tak lama lepas tu, memang sah, bunyi foot step ni dah masuk dalam dorm aku. Kitorang tidur, tak tutup pintu, kitorang bukak. Tutup pun takda makna, sebab tak boleh lock. Pastu Bunyi nafasnya jelas kedengaran. Aku dah tak berani nak bukak mata. Takut kot, takut terpandang lembaga hodoh berambut panjang depan mata.

Lepas tu, katil aku digoyangkan, fikirku, takkan kawan yang tidur atas goyang katil kot..tak mungkin, tak mungkin. Sah lah ni, hantu ni. Mulut aku kumat kamit baca doa dan surah surah yang aku ingat. time tu, bdan aku mula terketar, mata dipejam rapat, selimut digengam erat, takut hantu tu tarik selimut je. Dan aku pastikan kaki aku dilipat dengan lutut ke dada, taknak hantu tu gosok dan tarik kaki aku. Malah nafasnya jelas kedengaran disebelah kaki katil. Fuuhhh.

Lebih kurang 10 minit jugak katil aku dogoyangkan. Lepas tu, hilang. Lega jugaklah, tapi tak lama lepas tu, aku kedengaran seperti orang tarik besi di koridor sebelah tingkap. Takkan senior datang usik macam ni kot. takkan lah. Bunyinya jelas kedengaran, makin lama, makin kuat, then end up, aku terdengar bunyi orang menembak dan jeritan kuat disudahi dengan bunyi macam orang jatuh..

Kejadian malam tu stop sampai situ je, tak lama lepas tu, aku dengar bunyi orang azan dan alarm jam member. Rasa lega tahu.

Keesokannya, bila tanya senior, senior kata, memang kawasan sekolah ni dulu adalah tempat sorang banduan bunuh diri. Dia cakap, kalau aku gi tengok di satu pokok dekat dengan bilik band ( orang kata, bilik ni banyak kisah hantu ), akan ada satu rantai kaki tergantung di puncak atas pokok.

Dan ye, aku tengok memang ada rantai tu. tapi aku masih rau ragu dengan cerita sebenar. Bila aku tanya adik ( adik aku bersekolah di sekolah aku dulu ) pasal ganguan tu, dia kata, member dia pernah kena.

Hmmmm.

MISTERI TEROWONG MENORA


Terowong ini berada lebuhraya utara selatan diantara kuala kangsar dan ipoh...Terowong menora sering dikaitkan dengan gangguan misteri dan pelbagai kisah2 seram yang terjadi disini...ada diantara pengguna sering diganggu oleh misteri wolkvagen kuning dan skuter putih. haish, banyak betol la. Meh aku share satu kisah kat korang. *Aku copy paste je ni .

       Kisah ini berlaku pada hari raya ke-7 thun 2011,sewaktu aku masih belajar di politeknik ungku omar...smentara itu,awek aku (lia) sedang menjalani latihan industri di kampar...lia slalu pulang ke kampungnya yang berada di ayer tawar.perak pada tiap2 minggu atau 2minggu skali.....jalan yang digunakannya amat berbahaya kerana dikiri dan kanan terdapat hutan2 tebal dan jalan yang bengkang bengkok dan berlubang2.... 

     Selepas habis cuti perayaan,lia meminta aku tlong mnghantarnya pulang ke kampar...katanya,"takut sangat nak lalu jalan 2 sbab seram:"...pada mulanya aku tidak mahu mghantarnya kerana tlalu penat beraya dkampung...lagipun aku kena btolak dri taiping ke ayer tawar dahulu...barulah aku mghantarnya ke kampar....

     Hari sudah lewat petang,aku berasa tidak sedap hati untuk mghantarnya kerana motosikal aku mmang sangat2 problem mse 2...(maklumlah moto modified)...oleh itu,aku meminta kawan karibku(naha) untuk mnemaniku mghantar lia balik ke kampar...perjalanan kami  dari taiping ke kampar selamat dan tiada masalah...aku pon mghantar lia pulang kesana....tetapi,perjalan kami blom habis kerana kami pula akan pulang ke taiping...

      Aku dan naha pun terus bertolak scepat mungkin untuk pulang ke taiping kerana hari sudah lewat petang...kami menggunakan lebuhraya utara selatan(hiway)....Nak dijadikan cerita pula, dalam perjalanan pulang ke taiping, motosikal aku rosak di tengah hiway berdekatan plaza tol ipoh utara...memamg angin satu badan,sbab pjlanan masih jauh lagi...s0,kami xde plihan laen....naha terpaksa menolak motorku mggunakan ex5 nya.....

     Jam mnunjukkan pkul 7.20 petang...hari semakin gelap...knderaan smakin bkurangan...aku berasa kesian pulak dkat naha kerana mnolak motorku untuk menaiki bukit tersebut....kenderaan kami smakin perlahan,lebih kurang 30km/j shaja...(maklumlah ex5 tolak 135lc naik bukit kan)...

       Terowong semakin dekat,kira- 1.5km lagi dhadapan....naha pun sudah pancit untuk mnolak motorku.....tiba2 sebuah sekuter putih ntah dari mana datangnya lalu dsebelah motorku....skuter tersebut mmberi isyarat tngan kepada naha supaya bhenti mnolakku kerana skuter tersebut pula akn mnolakku....."alhamdulillah"...syukur kpada tuhan kerana ada jugak insan yang sanggup mnolakku pada saat2 sebegini....

      Sewaktu skuter mnolakku,hatiku terus rasa tidak tenteram...bayangkan lah skuter mnolak lc naik bukit dengan sangat laju...kira2 100km/j....tiba2 sahaja bulu romaku naik tinggi....aku pun terfikir sesuatu tentang misteri terowong menora....ahhhhhhhh,pedulikan la cerita karut 2....semua 2 hanyalah mitos je kot....naha yang ketinggalan dibelakang terus menunduk mengekori kami....(mcm tengah race)....

      Aku terpandang signboard 'terowog dihadapan 200m'....hati terdetik sesuatu...mintak2 lah jgn ade gangguan didalam terowong ini....setelah masuk sahaja kepintu terowong tersebut,memang bulu romaku terangkat tinggi seolah2 benda tersebut sangat dekat denganku...tiada langsung kenderaan pada masa itu...skuter tersebut terus menolakku dengan sangat laju sekali sampailah keluar terowong....syukurlah kerana tiada gangguan sewaktu kami masuk kedalam terowong tadi...

      Keluar sahaja terowong tersebut,skuter tersubut memberi isyarat tangan kepada naha supaya nemolakku semula...naha pun menolakku dan kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke taiping...setelah naha kembali mnolakku kira 15 or 20 saat,aku terlupa sesuatu....aku terlupa untuk mengucapkan terima kasih peda skuter tersebut...lalu aku menolehkan kepalaku kebelakang untuk memanggil semula skuter itu kerana ingin mengucapkan terima kasih....bila aku aku pandang saja dibelakang....

      "ASTAQHFIRULLAHALAZIM..........."..................................................................
      
      Jantungku terus berdegup laju....badanku menggigil2 ketakutan....aku memberitahu naha supaya menoleh kebelakang....."woi adik,betol ke ni.....jom cepat2 aku tolak ang balik rumah"..kata naha yang ketakutan.....

      Aku memang sangat2 terkejut kerana bila aku menoleh kebelakang tiada sesiapa pun yang berada dibelakang kami....bahkan tiada satu kenderaan pun yang berada dibelakang kami.....dmanakah skuter tadi?.....

       Sewaktu sampai di hentian sungai perak,kami berhenti sebelum jambatan tersebut kerana ingin berehat sebentar....badanku tiba2 rasa nak demam.....aku beritahu naha dalam pukul 9malam baru bertolak semula ke taiping...mungkin skuter tadi ade lalu ke,boleh la ucapkan terima kasih kepadanya.....tepat pukul 9 malam...memang tiada pun skuter yang menolakku tadi...

      Jangkaan aku memang tepat semasa masuk kedalam terowong tadi....memang benda tersebut berada disebelahku....tetapi alhamdulillah....tiada apa2 pun yang terjadi mase 2....kami pun selamat sampai ke taiping kira2 pukul 10.30 malam....sesudah sampai drumah,aku membuka internet untuk mencari maklumat tentang misteri terowng tersebut....memang ternyata,ramai lagi yang sering dganggu oleh skuter tersebut....mungkinkah skuter tersebut ingin menolong orang yg kesusahan pada masa itu.........."WALLUALAM".......

Sumber dari : Misteri Terowong Menora

KISAH SERAM RUMAH SEWA SEKSYEN 2, SHAH ALAM.

Mula-mula, aku saja je search pasal cerita-cerita seram dalam internet. Mula-mula, pasal Villa Nabila yang kat johor tu. Tapi, takdela seram sangat. Lepas tu, kakak aku suruh search pasal kisah seram rumah sewa kat Shah Alam. Punya lah seram cerita dia. Untuk pengetahuan korang, cerita ni cerita benar. Tuan punya blog tu cakap la, tapi tak tau la sejauh mana kesahihannya. Nah, aku copy paste untuk korang.



9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la]. 

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada. 



Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?] 
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya... 
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas. 

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena. 

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310...